August 2021

TWITTER DALAM BISNES

Twitter yang berasaskan perkhidmatan rangkaian sosial dan microblog, sangat sesuai untuk pengguna yang suka menulis blog dan memuat naik blog di media sosial. Aplikasi ini merupakan sosial media yang sangat popular pada masa kini, platform ini juga membolehkan anda untuk memilih format yang bagaimana untuk iklan anda, antaranya ialah “Full, Full landscape, Banner, Native, and Medium rectangle”.

KEPENTINGAN MENGGUNA TWITTER

Twitter membolehkan penggunanya untuk berkongsi cerita, berita baru, majlis, dan sebagainya di aplikasi mereka. Pengguna juga boleh mengikuti pengguna yang lain, atau syarikat yang mempunyai pos dengan konten menarik, atau mempunyai komunikasi yang baik dengan rakan-rakan anda. Sebagai tambahan, kumpulan “PR” dan pemasar sesuai menggunakan Twitter untuk memperkenalkan lagi jenama dan mengembirakan pelanggan mereka.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TWITTER

Twitter menerapkan prinsip supaya tidak terlalu ketinggalan dibelakang, namun tidak juga terlalu melihat ke masa depan yang tidak pasti lagi. Fungsi Twitter adalah untuk mengutarakan isu-isu semasa yang sedang hangat di media sosial, pengguna Twitter juga boleh berkongsi cerita pada hari kejadian, dan berkongsi maklumat terkini. Maklumat baru ataupun info terkini perlulah sampai ke pengguna Twitter dengan secepat yang mungkin.

INSTAGRAM DALAM BISNES

Pada dasarnya Instagram adalah salah satu aplikasi perkongsian foto dalam talian dan platform rangkaian sosial yang diperoleh oleh Facebook pada tahun 2012, aplikasi ini percuma untuk digunakan oleh sesiapa sahaja semua orang bebas menggunakan aplikasi ini.