INSTAGRAM DALAM BISNES

Pada dasarnya Instagram adalah salah satu aplikasi perkongsian foto dalam talian dan platform rangkaian sosial yang diperoleh oleh Facebook pada tahun 2012, aplikasi ini percuma untuk digunakan oleh sesiapa sahaja tidak kira tua, muda, kaya, mahupun miskin, semua orang bebas menggunakan aplikasi ini.

Pengguna boleh mengedit dan memuat naik gambar serta video pendek melaui aplikasi Instagram. Disamping itu, pengguna juga boleh menambah kapsyen disetiap pos mereka dan mengguna hashtag serta geotag berdasarkan lokasi untuk mengindeks catatan ini dan membuatnya dapat dicari oleh pengguna lain dalam aplikasi.

Selain itu, aplikasi ini mempunyai ciri-ciri seperti :-

  • IGTV

Aplikasi video menegak yang ada di Instagram iaitu IGTV memiliki fungsi asas yang dilancarkan oleh Instagram pada Jun 2018. Bagi pengguna biasa, mereka boleh memuat naik video berukuran 650 MB fail, sepanjang 10 minit, manakala untuk pengguna popular yang disahkan oleh Instagram dibenarkan memuat naik video yang berdurasi 60 minit bersamaan ukuran fail 5.4 GB.

  • Reel

Video yang berdurasi 15 saat ini juga mempunyai ciri seperti IGTV iaitu video menegak. Fungsi reel dalam Instagram masih lagi baru, namun ianya sangat bagus, kerana pengguna boleh memuat naik video menegak yang berdurasi 15 saat, jika lebih dari 15 saat, pengguna boleh menggunakan IGTV secara langsung.

  • Hashtag

Penggunaan hashtag (#) yang tidak asing lagi pada pengguna Instagram pada masa kini, dapat membantu dan memudahkan pengguna menemui gambar yang sama antara satu sama lain.

  • Meneroka (Explore)

Melalui ruangan ini pengguna dapat melihat lebih banyak pos pengguna yang lain, ruangan ini juga mempaparkan semua fungsi yang terdapat dalam aplikasi Instagram seperti IGTV, reel, video pendek, pengiklanan, dan banyak lagi, disini juga pengguna boleh membuat carian akaun pengguna yang lain, audio, tags, dan tempat.

  • Penapis gambar

Instagram memiliki 33 penapis fotografi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk gambar atau video mereka di Instagra. Antara penapis yang tersenarai ialah Lo-fi, Juno, Lark, X-Pro II, dan banyak lagi. Pengguna boleh teroka sendiri penapis gambar yang disediakan oleh Instagram.

  • Video pendek

Pada Jun 2013, Instagram telah membuat kemas kini aplikasi mereka, pengguna bukan sahaja boleh memuat gambar mereka, malah pengguna juga boleh memuat naik video yang berdurasi selama 15 saat. Pada Mac 2016, Instagram meningkatkan had video 15 saat dan durasi video menjadi 60 saat, Album diperkenalakn Pada Feb 2017, iaitu IGTV yang berdurasi 10 minit dalam satu siaran.

  • Pengiklanan

Aplikasi ini menyiarkan iklan seperti mempromosikan jualan barang, memperkenalkan tayangan filem baru yang akan dating, turut memperkenalkan aplikasi dan produk baru seperti Hilokal Korean, Candy House, Mamonde Malaysia, dan banyak lagi.

  • Instagram Terus (Direct massage)

Pengumuman dari Instagram mengenai Instagram terus (Direct massage) pada Disember 2013, ini merupakan salah satu cara pengguna Instagram berinteraksi melalui pesanan peribadi. Bukan sekadar berinteraksi, malahan pengguna boleh berkongsi gambar dan video, pengguna juga boleh membuat panggilan audio atau panggilan video, pengguna juga boleh tahu sama ada orang yang mereka mesej sudah berbaca mesej mereka atau belum. Perkara yang lebih menarik adalah pengguna boleh menukar tema ruangan mesej mereka dengan pengguna yang lain, terdapat beberapa tema yang menarik dan cantik.

  • Kedai atas talian (Shop)

Ruangan yang satu ini adalah khas untuk orang yang suka membeli belah atas talian. Dalam ruangan ini pengguna bebas memilih kedai, jenama dan koleksi yang mereka suka. Antara jenama yang terdapat dalam aplikasi ini adalah Henna Jewels, inMALL, Cosmoderm, dan banyak lagi. Fokus utama dalam ruangan ini fesyen dan produk penjagaan kulit.

Leave a Comment

Your email address will not be published.