TIPS MENGUNA TWITTER UNTUK BISNES

  1. Mereka akaun untuk jenama perniagaan anda

Apa-apa perlulah dimulakan dengan mereka akaun agar memudahkan pelanggan atau pengguna Twitter yang lain untuk mencari perniagaan anda, atau membuat carian tentang perniagaan anda.

 

  1. Profil yang kukuh dan keberkesanan yang terjamin

Latar belakang profil akaun yang menarik sangatlah bagus kerana dapat menarik minat pelanggan dan pengguna Twitter yang lain. Jangan biarkan latar belakang yang kosong, kerana ianya tidak menarik minat pelanggan atau pengguna yang lain, profil yang tidak menarik tidak akan mendapat sambutan, biarlah akaun perniagaan anda tampil dengan wajah yang segar.

 

  1. Sasaran yang pasti

Ikuti perjalanan industri anda, ikuti akaun yang menjadi sasaran pasaran anda, dan pastikan anda sentiasa berhubung dengan mereka. Ikuti arus industri anda seperti ikuti seramai mana yang berkaitan dengan perniagaan anda.

 

  1. Ikatan yang kuat dengan pelanggan

Jangan terlepas pandang pelanggan anda atau mengabaikan mereka, jika ada sebarang pertanyaan dari mereka, jawab secepat yang mungkin, jangan biarkan pelanggan menunggu terlalu lama. Apabila mereka menunggu terlalu lama, mereka akan memilih jalan penyelesaian lain dengan cara mencari tawaran lain.

 

  1. Profil yang umum

Perniagaan anda atau perkhidmatan anda adalah umum, terbuka untuk semua, jangan jadikan profil anda privasi. Profil yang umum juga lebih mudah untuk pengguna Twitter yang untuk melihat aktiviti terkini perniagaan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.