TWITTER DALAM BISNES

Twitter yang berasaskan perkhidmatan rangkaian sosial dan microblog, sangat sesuai untuk pengguna yang suka menulis blog dan memuat naik blog di media sosial. Aplikasi ini merupakan sosial media yang sangat popular pada masa kini, platform ini juga membolehkan anda untuk memilih format yang bagaimana untuk iklan anda, antaranya ialah “Full, Full landscape, Banner, Native, and Medium rectangle”. Anda juga boleh memilih kategori  iklan, pengecualian iklan anda dari aplikasi tertentu, dan masukkan website utama untuk penutup.

“People are social distancing but your brand needs to be socially active”

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam Twitter adalah:-

  • Laman utama

Di ruangan ini pengguna boleh memuat naik tweet harian anda, selain kapsyen, pengguna juga boleh memuat naik gambar, GIF, dan sticker. Selain itu, terdapat banyak maklumat baru, info terkini, dan isu yang tengah panas di sosial media. Pengguna juga boleh menggunakan hashtag dalam kapsyen pos mereka. Seterusnya, Twitter juga memaparkan akaun yang dicadangkan untuk pengguna ikuti seperti Disney+ MY, Khairy Jamaluddin, Malaysiakini(BM), dan banyak lagi.

  • Teroka (Explore)

Mengikut apa yang pengguna selalu tengok dan buka di Twitter, semuanya akan tersedia lebih banyak pilihan untuk pengguna antaranya berkaitan berita terkini, sukan, dan hiburan. Dibawah tajuk berita terkini ada tersenarai banyak akaun yang memuat naik maklumat terkini, baru, dan panas. Manakala dibawah tajuk sukan pula, terpampang berita tentang sukan seperti, bola sepak, badminton, renang, dan banyak lagi, terdapat juga senarai perlawan bola sepak antara negara, dan macam-macam lagi. Mengenai hiburan pula, Twitter menyediakan banyak maklumat tentang dunia hiburan berkaitan bidang musik, filem, drama, rancangan tv, rancangan candawara luar dan dalam negara.

  • Pemberitahuan

Pengguna Twitter boleh dapat pemberitahuan tentang perkara umum ataupun jika ada pengguna lain yang “mention” pengguna tersebut. Selain itu, di ruangan ini pengguna boleh tahu siapa yang mengikuti mereka di Twitter.

  • Mesej

Ruangan mesej yang digunakan sebagai tempat berghubung antara pengguna, pengguna boleh berkongsi pautan, gambar, video, dan banyak lagi, Bagi pengusaha pula, mereka boleh terus berhubung dengan pelanggan mereka melalui ruangan mesej yang tersedia di Twitter.

  • Penanda buku

Fungsi penanda buku ini untuk pengguna menyimpan kesemua tweet yang mereka suka, Pengguna boleh menyimpan tweet-tweet ini di dalam satu tempat, iaitu “bookmarks”. Disamping itu, pengguna Twitter tidak perlu untuk tekan butang suka atau “retweeting” untuk menyimpan tweet yang mereka suka, penanda buku ini juga hanya boleh dilihat atau dibuka oleh pengguna itu sendiri sahaja, pengguna lain tidak boleh melihat atau membuka semula tweet yang disimpan dalam penanda buku.

  • Senarai (Lists),

Berbagai media sosial, semua pasti ada ruangan yang membolehkan pengguna berhubung sesame mereka, begitu juga dengan Twitter. Di aplikasi ini, ia disebut sebagai “lists”, pengguna boleh membuat kumpulan untuk akaun Twitter yang lain, konsep yang sama dengan WhatsApp, Instagram, Telegram, dan banyak lagi, begitu juga la dengan “lists” dalam Twitter. Selain itu, pengguna boleh melihat garis masa “timeline” dari pengguna lain yang berapa dalam kumpulan “group” tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published.