Logo

Pek Berbuka Puasa : NKMH Dan Pertubuhan Ad Deen Rai Rakan Jalanan di Chow Kit

shares

Pek Berbuka Puasa : NKMH Dan Pertubuhan Ad Deen Rai Rakan Jalanan di Chow Kit

NKMH Media Sdn. Bhd. (NKMH) telah bekerjasama dengan Pertubuhan Ad Deen untuk menyantuni lebih 300 rakan jalanan dengan mengedarkan lebih daripada 300 pek makanan untuk berbuka puasa baru-baru ini.Menurut Pengarah Operasi NKMH, Muhamad Hafiz Che Yahaya, ini adalah salah satu inisiatif daripada program tanggung jawab sosial korporat syarikat turun padang dan membantu golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadan kali ini.Menurut beliau lagi, ini merupakan tahun ke tujuh program CSR syarikat dan pada tahun ini, pihaknya memberi tumpuan kepada usaha membantu golongan rakan jalanan.“Kami bersama-sama Pertubuhan Ad Deen untuk menganjurkan sebuah kempen untuk mengumpul dana dan menyumbangkan pula kepada rakan jalanan di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.“Rakan jalanan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, mereka bukan gelandangan yang homeless tetapi terdiri daripada miskin bandar.“Ada dalam kalangan mereka yang bekerja dan mempunyai tempat tinggal tetapi tidak memiliki duit yang mencukupi untuk membeli makanan. Tetapi ada juga kumpulan yang tidak bekerja dan tidak mempunyai tempat tinggal, mereka miskin tegar,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian pek makanan untuk berbuka puasa di kawasan sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.Selain itu, Setiausaha Pertubuhan Ad Deen, Khairul Sani menjelaskan, kerjasama pihaknya dengan NKMH bukan sahaja melibatkan kumpulan sasaran di Lembah Klang tetapi juga di luar kawasan tersebut.Ini dapat dilihat pada perancangan syarikat yang sedang dirangka untuk menganjurkan beberapa program penyampaian bantuan kepada kumpulan sasaran di Semporna, Sabah.“Untuk tahun ini kami telah merancang untuk melaksanakan beberapa kempen antaranya Wakaf Kain Kafan dan wakaf van jenazah,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram Gallery @richard.benson

NKMH Media Sdn Bhd is and advertising & media agency based in Setia Alam, Selangor. NKMH Media bonding relationships and collaborations with SMEs, corporate and governments bodies.

NKMH Media Sdn Bhd is a media advertising marketplace making mainstream media accessible to everyone.

09 : 00 AM - 6 : 00 PM

Monday – Friday

Contact Us

Wisma NKMH
No 18,AJU 13/AJ,Jalan Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

© 2024 | Alrights reserved NKMH Media Sdn Bhd – 201801013322 (1275338 – V)

Email

© 2024 | Alrights NKMH Media Sdn Bhd

Email

Have a project in your mind?

09 : 00 AM - 10 : 30 PM

Saturday – Thursday