Logo

Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka Bersama SZBLOOMS

shares

Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka Bersama SZBLOOMS

Pada minggu lepas, berlangsungnya perasmian Pesta Portmeirion bersama SZBLOOMS. Pesta ini berlangsung bermula 23 Ogos 2024 hingga 1 September 2024 di SZBLOOMS, bertempat di Bandar Puteri Bangi. Acara ini turut menawarkan pelbagai diskaun menarik sehingga 60% untuk koleksi eksklusif Portmeirion.

Bagi yang belum tahu, Portmeirion adalah jenama terkenal dari UK yang terkenal dengan pinggan mangkuk dan hiasan meja yang eksklusif dan berkualiti tinggi. Bagi anda yang gemar mengumpul pinggan mangkuk atau sedang mencari-cari set hiasan meja yang unik, inilah peluang keemasan anda! Dengan diskaun sehingga 60%, anda pasti akan menemui sesuatu yang sesuai dengan citarasa dan bajet anda.

Peluang Menang Hadiah Menarik

Selain diskaun hebat, setiap pembelian juga memberikan peluang kepada pengunjung untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi adalah tiket penerbangan ke destinasi impian seperti Maldives, South Korea, atau Australia. Bayangkan, anda bukan sahaja membawa pulang pinggan mangkuk eksklusif, tetapi juga berpeluang melancong ke destinasi yang anda idamkan!

Aktiviti Menarik Bersama Che Ta dan Home-Influencers

Pada 24 Ogos 2024 yang lepas, acara ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran selebriti terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang turun memeriahkan majlis bersama SZBLOOMS dan beberapa home-influencers, Che Ta turut berkongsi tips dan inspirasi mengenai dekorasi meja dengan gaya yang eksklusif dan kreatif melalui aktiviti Deko - Tablescapes.

Aktiviti ini bermula seawal jam 11 pagi dan memberikan banyak idea baru kepada pengunjung mengenai cara menghias meja makan untuk sebarang acara atau majlis. Bukan sahaja belajar sesuatu yang baru, tetapi tetamu yang hadir juga dapat bertemu dan berinteraksi dengan Che Ta serta pakar-pakar lain dalam bidang hiasan rumah.

Kenangan Manis Bersama Portmeirion

Menurut Ir. Pn Syanita Zur, Pengasas SZBLOOMS, tujuan utama penganjuran pesta ini adalah untuk menonjolkan keindahan dan keunikan produk Portmeirion serta mengeratkan hubungan antara SZBLOOMS dengan komuniti.

Muhammad Mujaheed Mahfuz,  selakuKetua Eksekutif SZBLOOMS, turut menambah bahawa pinggan mangkuk Portmeirion bukan sekadar hiasan, tetapi juga alat untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga.

Jangan Lepaskan Peluang!

Kepada anda yang mencintai seni hiasan rumah, anda dijemput hadir untuk meluangkan masa menghadiri Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka selama pesta ini berlangsung. Ini adalah peluang yang jarang sekali kita perolehi. Bukan sahaja untuk memiliki pinggan mangkuk eksklusif dengan harga istimewa, tetapi juga untuk menambah ilmu dan inspirasi dalam seni menghias meja makan.

Jangan lupa untuk datang bersama keluarga dan rakan-rakan, serta rebut peluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, boleh menghubungi Muhammad Mujaheed Mahfuz, Ketua Eksekutif SZBLOOMS, melalui telefon atau melayari laman web mereka di www.szblooms.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Instagram Gallery @richard.benson

NKMH Media Sdn Bhd is and advertising & media agency based in Setia Alam, Selangor. NKMH Media bonding relationships and collaborations with SMEs, corporate and governments bodies.

NKMH Media Sdn Bhd is a media advertising marketplace making mainstream media accessible to everyone.

09 : 00 AM - 6 : 00 PM

Monday – Friday

Contact Us

Wisma NKMH
No 18,AJU 13/AJ,Jalan Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

© 2024 | Alrights reserved NKMH Media Sdn Bhd – 201801013322 (1275338 – V)

Email

© 2024 | Alrights NKMH Media Sdn Bhd

Email

Have a project in your mind?

09 : 00 AM - 10 : 30 PM

Saturday – Thursday