KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TWITTER

 

Kelebihan:-


  • ‘Immediacy’

Twitter menerapkan prinsip supaya tidak terlalu ketinggalan dibelakang, namun tidak juga terlalu melihat ke masa depan yang tidak pasti lagi. Fungsi Twitter adalah untuk mengutarakan isu-isu semasa yang sedang hangat di media sosial, pengguna Twitter juga boleh berkongsi cerita pada hari kejadian, dan berkongsi maklumat terkini. Maklumat baru ataupun info terkini perlulah sampai ke pengguna Twitter dengan secepat yang mungkin.

  • Mudah digunakan

Bilangan huruf dan digit yang terhad kepada 140 sahaja, pengguna tidak perlu berfikir untuk membuat karangan yang panjang lebar, hanya tulis apa yang terlintas difikiran sahaja. Seperti yang sudah dihuraikan di atas, ruangan tweet dan maklumat yang masuk berapa dalam satu skrin sahaja, sangat ringkas.

  • Mobiliti

Aplikasi Twitter boleh digunakan di telefon pintar dan komputer, pengguna boleh menerima maklumat terkini tanpa batasan masa dan tempat, di mana-mana pun pengguna boleh mengakses aplikasi Twitter.

Kekurangan:-


  • Pemangsa Internet

Situasi di mana pengguna aplikasi Twitter terlalu khusyuk dengan media sosial sehingga mereka terleka disebabkan pengaruh media sosial yang berlebihan. Pemangsa internet pada masa kini sangatlah aktif, dan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun yang gemar mendedahkan diri di media sosial, apa sahaja yang dilakukan mesti akan dimuat naik di laman sosial. Perkara sedemikian sangatlah bahaya dan akan menarik pemangsa-pemangsa internet ini.

  • Penggunaan masa

Pengguna aplikasi terlalu ralat menggunakan aplikasi sehingga mengabaikan kerja, interaksi sosial sebenar dan lain-lain. Tanpa disedari masa yang diluangkan dalam media sosial telah berlebihan dari yang sepatutnya. Tabiat ini sangatlah tidak sesuai dan tidak baik untuk diamalkan.

  • “Spammer”

Perkataan ini tidak lagi asing bagi semua orang, pastinya ramai yang tidak suka dengan “Spammer” ini sebab sangat menyakitkan hati semua orang. “Spammer ini adalah dari bot dan sememangnya penghantar spam, keberadaan mereka sangat mengganggu pengguna akaun di Twitter.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *